Kisah dari Al Quran, dimana Allah rakamkan kisah Nabi Musa AS mengembara untuk menuntut ilmu.
Apa kisahnya yang kita perlu tahu dan faham.. Jom kita baca!
Nabi Musa AS telah mendapat pengajaran dan pengalaman yang besar hasil perguruannya bersama Khidir AS seperti :-
1) RASA INGIN TAHU DAN BELAJAR
- Nabi Musa AS memohon kepada Allah SWT agar diperkenankan bertemu dengan seseorang yang memiliki ilmu Laduni, iaitu Khidir AS. Meskipun musa adalah seorang nabi dengan mempunyai ilmu yang tinggi, ia tetap rasa rendah hati dan ingin belajar dari Khidir.
- Ini mengajarkan pentingnya kerendahan hati dan bahawa belajar adalah satu proses yang tiada henti, bahkan walaupun ia bagi seorang nabi sekalipun.
2) KESABARAN DALAM MENUNTUT ILMU
- Khidir mengingatkan Musa bahawa, dia mungkin tidak akan bersabar dalam menyaksikan perbuatan-perbuatan Khidir yang disangka pelik dan tidak masuk akal serta nampak seperti zalim.
- Antara beberapa kejadiannya yang seperti:-
➡️ Khidir merosakkan perahu (kapal)
➡️ Khidir membunuh budak kecil yang tidak berdosa
➡️ Khidir memperbaiki dinding rumah yang hampir roboh, dan penduduknya tidak ramah serta enggan memberi mereka makan dan minum.
- Setiap tindakan Khidir seperti tidak adil atau pelik dan nampak macam kejam pada pandangan nabi Musa AS. Namun, Khidir menjelaskan bahawa semuanya adalah dari rencana dan hikmah Allah SWT yang lebih besar.
3) HIKMAH DARI TINDAKAN KHIDIR?
- Perahu yang dirosakkan sebenarnya untuk melindunginya dari Raja yang zalim yang ingin merampas perahu-perahu rakyatnya.
- Anak kecil dibunuh kerana diketahui apabila besar nanti anak kecil itu akan menjadi anak yang derhaka dan mengajak ibu bapanya menjadi kufur.
- Dinding tembok diperbaiki agar harta karun milik dua orang anak yatim yang berada di bawah tetap aman dan mereka memperoleh harta mereka ketika mereka dewasa nanti.
- Setiap peristiwa sebenarnya mengajarkan kita bahawa, tidak semua hal yang nampak buruk dimata kita, bermakna buruk bagi kita. Sebenarnya ada hikmah yang tersembunyi yang hanya diketahui oleh Allah SWT.
4) BATASAN PENGETAHUAN MANUSIA
- Kisah ini memberikan pengajaran kepada kita semua, bahawa meskipun Musa AS adalah seorang nabi, tetapi pengetahuannya tetap terbatas.
- Allah SWT memiliki ilmu yang mutlak yang tidak dapat difikirkan sepenuhnya oleh akal manusia.
- Allah telah menganugerahkan Khidir ilmu khusus(Laduni) yang ilmu itu diluar jangkauan pengetahuan umum.
5) APA PENGAJARAN TENTANG TAKDIR DAN HIKMAH DISEBALIK KISAH PENGEMBARAAN MUSA AS DAN KHIDIR
- Kadang-kadang kita tengok manusia menghadapi kejadian dalam hidup yang kelihatan seperti tidak adil atau tidak masuk akal kan?
- Sebenarnya kisah ini mengajarkan bahawa Allah SWT memiliki perancangan terbaik bagi setiap hamba-hambaNya, dan kita sebagai makhlukNya haruslah belajar bersabar serta mengambil hikmah dari setiap peristiwa yang berlaku...
Mari kita lihat apa kesimpulan dari kisah Musa AS dan Khidir ini:-
✅ Kerendahan hati dalam menuntut ilmu.
✅ Pentingnya kesabaran dalam menghadapi ujian hidup.
✅ Keterbatasan ilmu manusia dalam memahami hikmah Allah.
✅ Keikhlasan kita dalam menerima takdir dari Allah dan bertawakallah 💯% kepada Allah.
💌 Kisah Nabi Musa AS dan Khidir yang diabadikan dalam surah Al Kahfi (ayat 60 - 82), menyimpan banyak hikmah dan pengajaran yang mendalam.
Pertemuan dan pengembaraan mereka mengajar kita tentang kepentingan menuntut ilmu, kesabaran dalam memahami takdir, serta kebatasan akal manusia dalam melihat hikmah Allah di sebalik kejadian..
WallahuA’lam.
#CeritaDariAlQuran
#HikmahDanIlmuAllah
#AlKahfiReflection
#SabarDanTawakal
COPY, PASTE DAN SHARE² YA..💕💕
Comments
Post a Comment