ANGGOTA RUKUN SYUKUR : LIDAH, HATI & TUBUH BADAN




BAGAIMANA MENJADI HAMBA YANG BERSYUKUR?



Sebelum itu kita kena faham dulu apa makna syukur❓. 



📍Makna syukur ialah mensyukuri nikmat Allah serta memuji dengan hati, kemudian menzahirkan kesan nikmat yang dalam hati dengan memuji dan mengakui kebesaran Allah dan semakin mencintai Allah, dan akhirnya zahirkan kesan nikmat Allah itu dengan anggota badan kita, iaitu dengan cara mentaati-Nya.



Sekarang kita lihat apakah rukun syukur yang perlu kita tahu?



✴️ Bersyukur terbahagi kepada 3 perkara : - (Lidah , Hati , dan Anggota badan ) Macam mana ya itu?🤔



1️⃣ BERSYUKUR DENGAN HATI :- Kita yakin dihati kita bahawa semua nikmat yang kita miliki adalah 💯% daripada Allah , kalau ada terlintas dalam hati je " ini adalah hasil usaha kita sendiri " itu bermakna tak bersyukur dengan hati.



- Banyak mana sekalipun nikmat kita dapat, penat macam mana pun, lelah kita rasai..semua nikmat itu adalah daripada Allah 💯% dan bukan atas usaha diri sendiri.



2️⃣ BERSYUKUR DENGAN LIDAH :- Iaitu kita sebut..segala nikmat yang kita ada, semua adalah anugerah daripada Allah 💯% .



- Lidah ucap ALHAMDULILLAH, syukur dalam semua nikmatNya. Dapat sebut ALHAMDULILLAH itu pun rezeki. Tahu tak bila sebut ALHAMDULILLAH lepas makan, kita boleh dapat redha Allah, dan dengan redha Allah kita dapat masuk syurga..



3️⃣ BERSYUKUR DENGAN ANGGOTA BADAN :- menggunakan semua anggota badan untuk menzahirkan rasa syukur atas nikmat yang Allah bagi dengan mentaati-Nya . CONTOH ➡️ nikmat pada mata, nikmat sihat, nikmat pada telinga, nikmat kecerdikan, nikmat ilmu dan banyak lagi..semua digunakan untuk mentaati Allah SWT dan untuk jalan kebaikan sahaja. 




✅ Jadi dengan ada 3 bentuk ini barulah dikatakan orang yang minasy-syakirin (iaitu orang-orang yang bersyukur kepada Allah).



Dengan bersyukur kepada Allah atas segala nikmat yang diberikan, Allah akan menambahkan lagi nikmat-Nya ke atas kita. Sebaliknya, jika kita tidak bersyukur dan kufur, azab-Nya sangat pedih!



💌 Berdasarkan firman Allah di dalam Al Quran:-



"Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras".


(Surah Ibrahim ayat 7)



Maka, bersyukur adalah cara untuk mendapatkan lebih banyak kebaikan dalam hidup. 



Jom kita lihat apa pengajarannya jika kita menjadi hamba yang bersyukur? Nak tahu? Teruskan baca di bawah👇



✅ Lebih mendekatkan diri kepada Allah.



✅ Bertambah rezeki dan nikmat.



✅ Meningkatkan rasa kehambaan, merasa rendah hati dan menghargai setiap pemberian Allah.



✅ Menumbuhkan rasa syukur dalam kehidupan hari-hari.



✅ Menghindarkan diri daripada sifat kufur nikmat.



WallahuA'lam..



Anda rasakan ianya bermanfaat?.. sila copy, paste dan share..🥰





Comments