💌 Jom kita baca sedikit tadabbur dalam surah Al Kahfi ayat 10
Kenapa saya pilih tadabbur ayat ke-10? Ia adalah kerana.. pada ayat ke-10 ini mengandungi satu doa dari Al Quran yang boleh kita amalkan.. dan apa doanya itu? Doanya ialah..👇
"Wahai Tuhan kami, anugerahkan kepada kami dari sisi engkau "rahmat" dan permudahkan bagi kami dari urusan kami "petunjuk"
Jika kita nak meminta doa, mintalah doa itu dari sisi Allah. Dalam doa ini pemuda kahfi tidak ada pun minta doa tentang dunia, mereka hanya minta 2 perkara sahaja iaitu "rahmat" dan "dipermudahkan urusan mereka selari dengan petunjuk Allah".
Ada tak mereka minta doa untuk panjang umur? Ada tak minta untuk selamat duduk dalam gua? Ada tak mereka minta rezeki? Semuanya tidak ada kan?? Tetapi salah satunya mereka minta adalah "rahmat".
MasyaAllah... kenapa ya mereka tidak minta rezeki? Sedangkan mereka sedang di dalam kesusahan, nak tinggal dalam gua nanti kan sudah pasti tiada makanan, dengan gelapnya.. tiada api.. tiada air..tiada keselesaan dan sebagainya.
Baik..soalnya kenapa mereka minta rahmat? MasyaAllah...lihat ya..di sini Allah nak beritahu & nak kita fikir iaitu sebab bila kita dapat "rahmat" Allah, semuanya akan selamat, Rahmat makna kasih sayang Allah, bila kita dapat kasih sayang Allah, maka yang lain itu tiada masalah langsung.
Tapi kalau dapat rezeki je, dan tak dapat rahmat Allah, ada masalah tak❓Contoh berapa ramai orang yang dapat rezeki naik pangkat, tapi jauh daripada Allah dan sebenarnya itu satu musibah besar baginya.
Berapa ramai yang panjang umur, tetapi banyak bergelumang dalam dosa & maksiat, berapa ramai yang badan sihat walafiat tetapi tidak pernah pergi masjid untuk solat berjemaah(bagi lelaki).
Sebenarnya mereka inilah orang yang bermasalah, tapi kalau dapat rahmat Allah semua masalah selesai dan Allah akan uruskan segalanya yang diperlukan.
Kemudian kita fikir, syarat nak masuk syurga ialah apa? Iaitu dengan mendapat rahmat Allah. Dengan rahmat Allah kita masuk syurga, berdasarkan satu hadis :-
عَÙ†ْ جَابِرٍ Ù‚َالَ سَÙ…ِعْتُ النَّبِÙŠَّ صَÙ„َّÙ‰ اللَّÙ‡ُ عَÙ„َÙŠْÙ‡ِ ÙˆَسَÙ„َّÙ…َ ÙŠَÙ‚ُولُ Ù„َا ÙŠُدْØ®ِÙ„ُ Ø£َØَدًا Ù…ِÙ†ْÙƒُÙ…ْ عَÙ…َÙ„ُÙ‡ُ الْجَÙ†َّØ©َ ÙˆَÙ„َا ÙŠُجِيرُÙ‡ُ Ù…ِÙ†ْ النَّارِ ÙˆَÙ„َا Ø£َÙ†َا Ø¥ِÙ„َّا بِرَØْÙ…َØ©ٍ Ù…ِÙ†ْ اللَّÙ‡ِ
Daripada Jabir رَضِÙŠَ اللَّÙ‡ُ عَÙ†ْÙ‡ُÙ…َ beliau berkata: Aku mendengar Nabi ï·º bersabda: “Tidak seorang pun daripada kalian yang dimasukkan syurga oleh amalnya dan tidak juga diselamatkan dari neraka kerananya, tidak juga aku(Rasulullah) kecuali kerana rahmat daripada Allah.”
(Riwayat Muslim 5042)
(Riwayat Muslim 5042)
Dan kemudian yang ke-2 mereka minta "petunjuk". Mereka meminta petunjuk daripada Allah kerana mereka berada dalam masyarakat yang mengamalkan syirik.
Mereka bermohon semoga kesudahan akhir mereka adalah di bawah petunjuk yang lurus kerana urusan bagi pemuda kahfi itu adalah urusan berhijrah meninggalkan orang² kafir demi untuk menjaga iman mereka.
Ayat ini menggambarkan betapa pentingnya memohon petunjuk Allah dalam setiap urusan hidup, terutama ketika menghadapi ujian atau kesulitan.
Dari sini kita dapat belajar, biarlah segala perjalanan hidup kita, daripada A sampai Z, daripada urusan yang besar atau yang kecil semuanya selari dengan petunjuk Allah, bukan dengan nafsu kita semata-mata.
Baik..pengajaran yang kita boleh ambil disini ialah, mintalah "rahmat" dan "petunjuk (hidayah)" kepada Allah dalam kehidupan kita...in sha Allah semuanya selamat.
Dan doa daripada ayat ini amatlah bagus kalau di amalkan (boleh baca seperti doa diatas). Sememangnya doa-doa daripada Al Quran pendek sahaja, tetapi MasyaAllah hebat kerana mengandungi rahmat, petunjuk dan penyelesaian yang terbaik dalam segala urusan..💚💚
Jangan lupa sampaikan...copy paste & share sahaja! Senang kan?🥰
#AlKahfiReminder
#TadabburAlQuran
#DoaDariAlQuran
#JomSama-SamaAmalkan
Comments
Post a Comment