Dalam ayat ini Allah ingin memberi kita satu contoh untuk kita sebagai hambaNya melihat & berfikir, iaitu Allah bagi contoh dengan "burung". Mari kita tadabbur!
💌 "TIDAKKAH MEREKA PERHATIKAN KEPADA BURUNG DI ATAS MEREKA"
- Tempat burung sememangnya di atas. Burung hanya turun ke bawah untuk mencari makanan dan kemudian ia akan terbang semula.
- Persoalannya cuba kita fikirkan kenapa Allah sebut "PERHATIKAN BURUNG DI ATAS MEREKA"?? kita semua mesti tahu kan burung sememangnya di atas!
- Jawapannya....kerana Allah nak beri contoh yang mudah kepada manusia, supaya manusia sedar bahawa jika ingin melihat kehebatan & kebesaran Allah bukannya susah. Tidak perlu tercari-cari, ianya cuma ada diatas kepala kita sahaja.
💌 "BURUNG-BURUNG ITU MENGEMBANG & MENUTUP SAYAPNYA"
- Allah suruh kita PERHATIKAN juga dengan teliti bagaimana cara burung itu terbang dengan membuka & menutup sayapnya & tiada kuasa yang dapat menahannya daripada jatuh kecuali dengan kehendak Allah SWT yang Maha Pemurah.
💌 "TIDAK ADA YANG MENAHANNYA (DARIPADA JATUH) MELAINKAN ALLAH YANG MAHA PENYAYANG"
- Terdapat firman Allah dalam surah yang lain mengenai kekuasaan Allah menahannya (burung) iaitu dalam surah Al Nahl ayat 79.👇
Tidakkah mereka memperhatikan burung-burung yang dimudahkan terbang melayang-layang di angkasa? Tiada yang menahan mereka (dari jatuh) melainkan Allah; sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi kaum yang beriman.
- Baik...kita lihat ya...pada ayat tadi, kenapa dalam banyak² sifat Allah, Allah pilih sifat penyayang? Sebenarnya..Allah nak beritahu tujuan Allah ciptakan burung adalah sebagai rahmat untuk manusia.
- Melalui burung Allah suruh kita PERHATI & BERFIKIR tentang penciptaan burung. Kenapa Allah suruh fikir tentang burung?? tetapi kenapa bukan binatang lain??🤔
- Ini kerana burung lebih menampakkan kehebatanNya & kebesaranNya dan nikmat paling besar ialah KENAL ALLAH melalui penciptaanNya. Bila kita kenal Allah yang Maha hebat, maka sepatutnya kita jadi taat & patuh segala perintah dan laranganNya.
- Rahmat kedua Allah ciptakan burung adalah dimana manusia boleh makan dagingnya, dan daging burung ialah makanan yang paling sedap dan lazat. Sebab itu antara hidangan yang Allah sediakan di dalam syurga ialah daging burung.
- Rahmat ketiga Allah ciptakan burung adalah kerana dengannya manusia boleh mendapatkan ketenangan dengan kicauan burung yang biasanya berkicau di pagi hari. Dan kadang kala ada yang sanggup membeli burung dengan harga ribuan ringgit semata-mata kerana kehebatan yang ada pada burung!.
- Yang terakhir apa Allah kata...??👇
💌 "SESUNGGUHNYA DIA DENGAN SETIAP SESUATU MAHA MELIHAT"
- Hebatnya Allah : Dia boleh menjaga & mengawal burung yang terbang di seluruh dunia yang berjuta-juta bilangannya tanpa ada yang jatuh walaupun seekor ketika sedang terbang.
- Hebatnya Allah : Dia boleh menjaga & mengawal burung yang tidak diperlukan radar atau waze untuk menuju ke destinasinya. Burung juga tidak perlukan enjin & minyak untuk terbang di udara.
- Hebatnya Allah : Dia mencipta burung yang tempatnya di udara tetapi rezekinya dibumi. Mungkin kita rasa sukar untuknya berkongsi rezeki dengan manusia & binatang lain yang ada di atas bumi, tetapi itu tidak mustahil bagi Allah yang mengaturnya.
- Hebatnya Allah : Dia mencipta burung yang matanya sangat tajam. Burung boleh nampak rezekinya walau dari jarak yang jauh dari atas udara...
- MasyaAllah, masih tidak mahu ke kita mengambil pengajaran dari ayat-ayat Allah ini?? Renung-renungkan..
ITULAH KEHEBATAN ALLAH DALAM PENCIPTAAN BURUNG SUPAYA MANUSIA BERFIKIR♥️♥️
#TadabburAyat²Allah
#BacaDenganHati
#MerenungiKebesaran&KehebatanAllah
Comments
Post a Comment