BAGAIMANA INGIN MENDAPAT HISAB YANG RINGAN?



Dalam tadarus tempoh hari, kita ada baca ayat berkaitan hisab (perhitungan amal) perbuatan seseorang di akhirat nanti, iaitu dalam surah Al Insyiqaq ayat 8.

فَسَوْفَ يُحَاسَبُ حِسَابًۭا يَسِيرًۭا (٨)

"Maka ia akan dihisab dengan cara yang mudah dan ringan".

Kita memahami bahawa ayat Quran ini mengandungi tentang proses hisab di hari kiamat, dimana segala amal perbuatan akan diperhitungkan dengan teliti oleh Allah. 

Kalau Allah melihat & menilai amalan dengan teliti satu persatu, maka akan terdapatlah banyak yang salah! Dan sudah tentu ini amat menakutkan bukan?

Daripada Sayidatina Aisyah r.ha, ia berkata, saya telah mendengar Nabi saw pada sebahagian solatnya membaca doa: 

“Allahumma haasibnii hisaabay yasiiroo

(Ya Allah hisablah aku dengan hisab yang mudah).”

Ketika baginda saw berpaling saya bekata: “Wahai Nabi Allah, apa yang dimaksudkan dengan hisab yang mudah?” Baginda bersabda: “Seseorang yang Allah melihat kitabnya lalu memaafkannya. Kerana orang yang diperdebatkan (diperincikan) hisabnya pada hari itu, pasti celaka wahai Aisyah. Dan setiap musibah yang menimpa orang beriman Allah akan menghapus (dosanya) kerananya, walaupun hanya duri yang menusuknya” (HR. Ahmad 6/48)

Jadi apa kaitan surah Al Insyiqaq ini dengan doa daripada hadis diatas? Baik...Hadis diatas menunjukkan DOA yang memohon kepada Allah agar diberikan kemudahan dalam perhitungan amal di akhirat kelak.

Rasulullah ﷺ mengajarkan umatnya untuk berdoa seperti hadis diatas sebagai bentuk permohonan agar Allah tidak terlalu menilai kesalahan dengan ketat & teliti, melainkan dengan belas kasihan & keringanan dariNya.

Jika nabi ﷺ yang paling tinggi darjatnya di syurga pun baca doa ini, inikan pula kita yang syurga pun belum tentu kita perolehinya, maka baca, hafal dan amalkan doa ini(hadis diatas) demi meraih hisab yang mudah di akhirat kelak.

Dimana keadaan di akhirat kelak tidak tergambar dahsyatnya, betapa kelam kabutnya manusia ketika itu, dan apa yang kita perlukan & paling kita harapkan adalah hisab yang ringan daripada Allah swt.

WallahuAlam..


Kita dapat satu doa baru hari ini kan? Jom kita amalkan dengan hati yang ikhlas dan kongsikan kepada yang lain, semoga setiap amal kita jadi sumber kebaikan dan keberkatan bersama!

#COPY,PASTE&SHARE💓

Comments