"Kamu sekali-kali tidak akan mencapai kebajikan (yang sempurna) sebelum kamu menafkahkan sebahagian daripada apa yang kamu cintai. Dan apa sahaja yang kamu dermakan, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya." (Surah Ali 'Imran : ayat 92)
TAFSIRAN AYAT:
1. Al-Birr (البر) di sini bermaksud kebaikan yang sejati dan menyeluruh — termasuk keimanan yang kukuh, akhlak yang mulia, dan amal yang ikhlas.
2. Allah menjelaskan bahawa seseorang tidak akan mencapai hakikat kebaikan ini selagi belum sanggup mengorbankan sesuatu yang dicintai, khususnya "HARTA"
3. Infaq itu bukanlah mengeluarkan harta sahaja kerana ayat ini menggunakan kata وَمَا yang memberi isyarat ia boleh menjadi PELBAGAI.
Satu perkara yang kita sayang juga termasuknya adalah "MASA". Ia adalah ‘harta’ paling berharga juga dimana ketika muda, tenaga masih kuat dan kita kena luangkan masa yang amat kita hargai ini untuk belajar, mengajar, berdakwah, buat kebajikan, buat amal ibadat dan lain2 lagi perkara dalam agama.
4. Ayat ini juga memberi jaminan bahawa setiap infak atau pemberian, walaupun kecil, akan diketahui dan dihargai oleh Allah, kerana Dia Maha Mengetahui segala niat dan amal.
PENGAJARAN & APLIKASI KEHIDUPAN:
💚 Beri yang terbaik kepada Allah dan manusia.
– Latih diri untuk memberi bukan sekadar lebihan, tetapi sesuatu yang benar-benar kita hargai (contoh: pakaian elok, duit simpanan, masa berharga).
💚 Pengorbanan adalah tanda keikhlasan.
– Kebaikan hakiki datang apabila kita sanggup melepaskan sesuatu yang kita sayang kerana Allah, bukan kerana pujian manusia.
💚 Didik hati untuk tidak terlalu cinta dunia.
– Bersedekah dengan yang kita suka melatih jiwa untuk bebas dari sifat tamak dan cinta dunia yang berlebihan.
💚 Motivasi untuk memberi tanpa ragu.
– Kita tidak perlu takut kekurangan, kerana setiap apa yang diberi dengan niat ikhlas tidak akan luput dari pengetahuan Allah dan pasti ada ganjarannya.
Wallahua'lam..
#Takkan capai kebaikan, hingga kamu memberi yang kamu cinta."
Comments
Post a Comment